https://assets.hmetro.com.my/images/articles/s3_1590745531.jpg
Mohd Redzuan (kiri) dan Dr Shahruddin. Foto Arkib NSTP

Mohd Redzuan, Dr Shahruddin ikut Tun M?

by

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dijangka akan mengadakan sidang media mengenai kedudukan mereka sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) petang ini.

Berikutan itu, wujud spekulasi bahawa sidang media berkenaan berkaitan sokongan mereka terhadap bekas Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berdasarkan edaran jemputan media, Mohd Redzuan dan Dr Shahruddin akan mengadakan sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya.

Sekiranya spekulasi berkenaan menjadi nyata, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bakal berkurangan kepada 111 kerusi.

Sebelum ini, dilaporkan kedudukan kerusi Ahli Parlimen yang menyokong PN hanyalah 113 kerusi.

Jumlah itu hanya satu kerusi melebihi angka minimum membentuk kerajaan iaitu 112 daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen.