https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Shah_Radhi_1590729788.jpg
SHAH Radhi yang ditemui hari ini. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Tak semestinya saya bersalah - Shah Radhi

by

"TAK semestinya orang yang dalam lokap itu bersalah. Kita tunggu keputusan mahkamah. Mereka akan menentukan segalanya," kata pelakon, Muhammad Shah Radhi Hazvee, yang dituduh memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan Isnin lalu. 

Shah Radhi, 24, yang pernah membintangi drama Monalisa dan Hero Bomba 2 bersyukur dibenarkan ikat jamin dan keluar pada hari ini.

"Saya akan buktikan yang kebenaran akan ditunjukkan di mahkamah nanti. 

"Mahkamah akan tentukan keadilan siapa yang bersalah dan tidak," katanya yang ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret Ampang, hari ini.

Menurutnya, dia menerima layanan baik sepanjang tiga hari dalam lokap.

"Bagaimanapun saya rasa sehari macam setahun. Alhamdulillah, tuhan kabulkan doa saya untuk keluar hari ini.

"Saya tak berhenti untuk berdoa. Juga saya rindukan emak saya," katanya.

Mengulas kerjaya lakonannya selepas ini, Shah Radhi mengakui menyerahkan segala-galanya kepada perancangan Allah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memikat wanita yang diketahui isteri yang sah kepada seorang lelaki untuk melakukan persetubuhan dengannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Sering Ukay, Ampang jam 8 malam Isnin lalu.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM2,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes 5 Ogos ini.

Berita berkaitan

Pelakon tak mengaku pikat isteri orang

Pelakon larikan isteri orang dituduh di mahkamah esok

Pelakon lelaki didakwa melarikan isteri orang