https://i2.wp.com/intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/USDCAD-29.5.2020.png?resize=750%2C430&ssl=1

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

Pengukuhan Loonie Terbantut Dorong Pergerakan Mendatar USD/CAD

by

Matawang dolar Kanada bergerak lemah pada penghujung sesi dagangan minggu ini dengan kewaspadaan pelabur menjelang data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kanada bagi suku tahun pertama dengan jangkaan penguncupan pada angka bacaan.

Selain itu, dolar Kanada turut dipengaruhi oleh faktor penurunan harga minyak mentah berikutan kebimbangan pelabur terhadap sekatan perdagangan yang bakal dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap China yang akan memberi kesan terhadap permintaan komoditi hitam tersebut.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD, penurunan harga yang dipamerkan susulan pengukuhan Loonie pada awal minggu mula kehilangan momentum selepas gagal melepasi paras support sekitar 1.37270.

Pergerakan harga hari ini juga masih dilihat mendatar untuk hari ketiga berturut-turut selain penyusutan US dolar turut mempengaruhi pergerakan perlahan tersebut.

Sejak awal sesi Asia, harga mendatar di sekitar paras 1.37700 sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah berlegar di paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/CAD.

Penurunan harga lebih rendah dilihat akan menguji zon support 1.37300 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah.

Penurunan lebih rendah dari zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan Februari 2020.

Namun jika data KDNK Kanada yang diterbitkan malam ini menunjukkan penguncupan dan melemahkan dolar CAD, berkemungkinan harga akan membuat kenaikan semula menuju paras 1.38600 di zon SBR (support become resistance).

Kenaikan lebih tinggi akan menguji paras-paras penting seperti pada 1.39500 atau lebih tinggi sekitar paras 1.4000.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

https://intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/USDCAD-29.5.2020.png

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI