https://images.says.com/uploads/story/cover_image/43718/5cc8.png

Ramai Puji Pasangan Bertunang Ini Buat Deko Rumah Sepanjang PKP. Kos Ruang Tamu RM2K Saja!

Kos yang digunakan adalah sekitar RM2,000 sahaja kerana kebanyakkan barangan didapati secara online.

by

Cover image via Twitter @shahrizal5264

Adalah digalakkan bagi setiap pasangan suami isteri itu untuk tinggal di rumah sendiri sesudah berkahwin

Setelah tinggal bersama, kita berpeluang untuk mengatur kehidupan dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.

Bukan itu sahaja, memiliki rumah sendiri juga boleh dianggap sebagai satu terapi lebih-lebih lagi sekiranya rumah tersebut berada dalam keadaan yang bersih, kemas, dan cantik. Iyalah, setelah seharian penat bekerja, rumah adalah tempat terbaik untuk melepaskan lelah.

Menerusi laman Twitter, seorang lelaki telah menceritakan bagaimana dia dan tunangnya memanfaatkan tempoh PKP dengan mendekorasi rumah yang bakal mereka duduki sesudah berkahwin kelak

Lelaki itu yang bernama Shahrizal telah memuat naik beberapa gambar transformasi rumah tersebut di dalam laman sosial tersebut. 

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788028/8535.png
https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788029/581d.jpg
https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788030/52ae.jpg
https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788031/fcbf.jpg

Menariknya, dia dan tunangnya, Liana, telah membahagikan tugas masing-masing dalam menyiapkan rumah itu. Liana ditugaskan untuk mencari perabot serta barangan keperluan manakala Shahrizal pula akan membuat kerja-kerja pemulihan dan pemasangan.

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788032/2a02.png
https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788036/4f37.jpg
https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788037/94e7.jpg
https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788038/f3da.jpg

Tambahnya lagi, buat masa kini, mereka berjaya menyiapkan apa yang mereka namankan fasa 1 iaitu bahagian ruang tamu rumah berkenaan. Lebih seronok ialah kos yang digunakan adalah sekitar RM2 ribu sahaja kerana kebanyakkan barangan didapati secara online.

Murah pun murah, cantik pun cantik!

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788033/b809.png
https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788034/b400.png

Bukan itu sahaja, Shahrizal turut memaklumkan orang ramai yang bertanyakan kepadanya bahawa rumah yang akan diduduki dia dan bakal isterinya itu adalah rumah sewa. Tambahnya lagi, sememangnya adalah menjadi impian dia dan Liana untuk menginap di rumah yang selesa.

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788035/4718.png

Siapa sangka perkongsian dekorasi rumah itu telah menarik perhatian dan mendapat reaksi positif daripada pengguna Twitter

Selain ada yang memuji kecantikan dekorasi rumah itu, ada juga yang memuji tindakan pasangan bertunang itu dalam mengagihkan tugas menyiapkan rumah sepanjang musim PKP ini.

Paling menggembirakan ialah ramai juga yang mendoakan kesejahteraan Shahrizal dan pasangannya itu sesudah berkahwin kelak.

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788060/5121.png
https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788061/fee3.png
https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/788062/251d.png

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!