https://i1.wp.com/intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/USDJPY-29.5.2020.png?resize=750%2C430&ssl=1

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

Yen Kukuh, USD/JPY Pamer Penurunan Ketara Dagangan Penghujung Minggu

by

Matawang safe-haven Yen pamerkan pengukuhan pada dagangan penghujung minggu ekoran ketegangan terhadap Amerika Syarikat yang meningkatkan risiko pasaran telah menyokong permintaan terhadap Yen.

Yen berjaya bergerak kukuh pada sesi Asia sehingga penghujung sesi walaupun data ekonomi Jepun yang diterbitkan bercampur-campur.

Data inflasi Tokyo meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan dan kadar pengangguran di Jepun pula meningkat 2.6% namun lebih rendah berbanding jangkaan peningkatan kepada 2.7%.

Sementara data pengeluaran perindustrian serta jualan runcit untuk bulan April kedua-duanya mencatatkan bacaan yang lemah.

Walaupun matawang safe-haven pamerkan pengukuhan, sebaliknya US dolar gagal memanfaatkan peluang untuk mengukuh dengan pergerakan lemah harga sejak sesi New York semalam susulan data ekonomi A.S diterbitkan lemah.

Pada carta harga bagi pasangan matawang USD/JPY, harga yang bergerak menurun pada dagangan semalam telah menyambung penurunan pada hari ini.

Harga yang menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/JPY sekitar paras 107.700 telah menjunam lebih 60 pips pada sesi Asia.

Namun momentum penurunan mula perlahan menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah dengan harga menunjukkan kenaikan selepas gagal melepasi paras support 107.100.

Kenaikan harga dilihat akan menuju zon SBR (support become resistance) sekitar 107.300-107.400 sebelum kembali menyambung penurunan semula.

Jika kenaikan masih lagi diteruskan, harga akan kembali menguji paras ketinggian harian yang dicapai pada awal sesi Asia pagi ini pada 107.700.

Penurunan lebih rendah pula dilihat akan menguji paras tumpuan 107.000 sebelum menguji zon support di bawah paras tersebut dengan paras terendah dijangka mencecah 106.800.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

https://intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/USDJPY-29.5.2020.png

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI