https://i2.wp.com/intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/busy-japan.jpg?resize=750%2C430&ssl=1

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

Ekonomi Jepun Susut Lebih Rendah Berbanding Jangkaan

by

Ekonomi Jepun kekal mencatatkan penyusutan. Dilaporkan pengeluaran kilang Jepun bagi April telah susut mendadak daripada jangkaan dan jualan runcit merosot teruk lebih dari dua dekad akibat daripada darurat kerana wabak pandemik coronavirus.

Pengeluaran kilang telah susut 9.1% pada April dari bulan sebelumnya, mencatatkan penyusutan terbesar sejak rekod 2013 kerana permintaan global yang lemah terhadap pembuatan kereta terutamanya dan pengeluaran besi dan keluli. Penurunan itu menjangkaui jangkaan Reuters iaitu 5.1%.

Jualan runcit pula mencatatkan penurunan sebanyak 13.7% bagi AprilĀ  dari tahun sebelumnya, berikutan dengan permintaan yang merosot bagi keperluan dagangan dan pakaian termasuk kenderaan bermotor. Rekod tersebut membimbangkan kerana ekonomi Jepun secara amnya bergantung kepada aktiviti pengeksportan, mengalami kemelesatan buat pertama kali dalam 4 setengah tahun pada suku pertama.

Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura meluahkan harapannya terhadap pemulihan ekonomi negara memandangkan China kini kembali beroperasi setelah bebas daripada wabak Covid19.

Sementara Menteri Kewangan, Taro Aso menjelaskan keadaan fiskal negara akan jatuh dengan lebih teruk. Justeru, beliau menyasarkan peningkatan dalam cukai pendapatan menerusi pemulihan ekonomi walaupun perlahan.

Pada minggu ini kerajaan Jepun telah memansuhkan perintah kawalan pergerakan dan meluluskan pakej ransangan kedua berjumlah $1.1 trilion, menjadikan jumlah ransangan yang diluluskan untuk menyelamatkan keadaan ekonomi kepada $2.2 trilion atau sekitar 40% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sementara itu, kadar pengangguran di Jepun pada April juga meningkat kepada 2.6%, rekod tertinggi sejak Disember 2017 namun lebih rendah berbanding jangkaan peningkatan 2.7%.

Kerajaan menjangkakan pengeluaran industri akan susut sekali lagi pada Mei dengan 4.1% diikuti dengan peningkatan sebanyak 3.9% pada Jun akan datang. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa faktor-faktor ini akan menyumbang kesan negatif kepada matawang Yen.