https://i2.wp.com/intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/trumpfbtwitter.jpg?resize=750%2C430&ssl=1

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

Trump Bakal Mansuhkan Undang-Undang Yang Melindungi Syarikat Media Sosial Twitter, Facebook

by

Kemarahan Presiden Donald Trump terhadap media sosial menjadi lebih parah apabila pemerintah Amerika Syarikat (AS) itu memberitahu bahawa beliau bercadang untuk memperkenalkan rang undang-undang terbaru yang mana akan menarik polisi yang melindungi syarikat laman sosial termasuk Facebook dan Twitter.

Tindakan ini akan memberi peluang kepada pentadbiran beliau untuk mengawal laman media sosial yang mengkritik kicauannya tempoh hari.

Rang undang-undang tersebut merupakan sebahagian daripada perintah eksekutif yang ditandatanganinya pada tengah hari Khamis, susulan daripada respons Twitter terhadap kicauannya yang menerima label semak fakta kerana dituduh mengandungi maklumat palsu mengenai undi bersurat.

Menerusi rang undang-undang yang akan digubal oleh peguam William Bar, pemerintah itu bercadang untuk mengubah atau memansuhkan serta-merta Seksyen 230 yang melindungi syarikat media sosial daripada liabiliti ke atas kandungan yang dimuatnaik oleh pengguna laman sosial. Rang undang-undang tersebut digubal berdasarkan salinan draf perintah eksekutif yang dikatakan tidak akan kekal ketika pemeriksaan undang-undang dilakukan.

Twitter tidak memberi sebarang komen terhadap perintah eksekutif itu. Sebaliknya, laman media sosial itu masih meneruskan dengan semakan fakta dan manipulasi media ke atas ratusan kicauan daripada pengguna.

Jurucakap Google menjelaskan tindakan Donald Trump ke atas Seksyen 230 akan menjejaskan ekonomi Amerika dan pemerintahan global terhadap kebebasan penggunaan internet. Manakala Facebook tidak menafikan bahawa tindakan ini akan menghadkan lebih banyak suara dalam talian dan mendorong laman sosial untuk menapis apa saja yang mungkin akan memberi kesan negatif kepada pihak lain.

Ketua Eksekutif Twitter, Jack Dorsey menjelaskan pada Rabu lalu mengenai respons mereka terhadap kicauan Trump adalah berdasarkan kebimbangan terhadap salah faham masyarakat yang beranggapan tidak perlu mendaftar untuk mendapatkan kertas undi. Melalui kewujudan label semakan fakta itu dapat merapatkan jurang kefahaman dalam kalangan pengguna dan beri peluang kepada mereka untuk menilai sendiri maklumat bertentangan dan maklumat yang dipertikaikan.

Terkini dilaporkan saham Twitter berakhir dengan lebih 4% pada Khamis manakala Facebook susut 1.6% dan Alphabet Inc dilihat sedikit peningkatan.