https://i2.wp.com/intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/USDCAD-27.5.2020.png?resize=750%2C430&ssl=1

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

Sentimen Pasaran Minyak Semakin Pulih, USD/CAD Menjunam 230 Pips

by

Sentimen pasaran minyak mentah dilihat semakin pulih dengan kenaikan pada harga minyak yang turut didorong oleh laporan isyarat pengurangan bekalan oleh Rusia bermula Julai

Permintaan terhadap minyak mentah juga semakin menunjukkan tanda-tanda positif dengan pembukaan semula ekonomi-ekonomi utama dunia dan dijangka akan berterusan meningkat.

Sebelum ini OPEC dan rakan sekutu telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran hampir 10 juta tong sehari bermula bulan Mei namun kenaikan pada harga minyak mentah masih perlahan.

Sebagai matawang sensitif terhadap komoditi hitam, dolar Kanada mencatatkan kenaikan pada dagangan semalam.

Pada carta pasangan matawang USD/CAD, harga telah menjunam dengan penurunan harian mencecah 230 pips ke paras terendah terbaru 2 bulan.

Penurunan ketara tersebut turut didorong oleh penyusutan US dolar susulan laporan vaksin Coronavirus yang sedang diuji oleh firma bioteknologi Amerika Syarikat di Australia telah memulihkan semula sentimen pasaran dan mendorong matawang safe-haven bergerak lemah.

Harga pada carta USD/CAD yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga pada sesi Asia semalam telah membuat penurunan sehingga menembusi zon support 1.38600.

Penurunan diteruskan sehingga ke sesi pasaran AS mencecah paras terendah harian sekitar 1.37600 pada penghujung sesi.

Pergerakan harga mendatar sepanjang sesi Asia hari ini dan mula menunjukkan tanda-tanda untuk menyambung penurunan pada sesi Eropah.

Harga yang berjaya melepasi paras terendah harian semalam akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.37000. Penurunan lebih rendah akan dipamerkan jika US dolar terus bergerak lemah sementara pasaran minyak mentah semakin pulih.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan, paras penting pada 1.38600 yang akan membentuk zon SBR (support become resistance) akan diuji.

Kenaikan yang melepasi paras halangan MA50 bakal kembali menuju semula ke paras sekitar 1.4000 atau lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

https://intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/USDCAD-27.5.2020.png

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI