https://i0.wp.com/intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/00chinavaping-1-superJumbo-v2.jpg?resize=750%2C430&ssl=1

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

China Catat Keuntungan Perlahan Pada April, Pasaran Ekonomi Masih Samar

by

Firma industri China memperoleh keuntungan secara perlahan pada April, dibantu oleh pemulihan dalam sektor elektronik dan kereta. Namun, kesan daripada wabak Covid19 masih memberi tekanan hebat terhadap ekonomi dan perniagaan negara itu.

Pendapatan dilihat susut 4.3% tahun ke tahun kepada 478.1 bilion yuan ($67 bilion) pada bulan lepas setelah menjunam 34.9% pada Mac lalu. Susulan daripada pembukaan semula ekonomi negara akibat daripada wabak tersebut, ekonomi China dilihat kembali pulih walaupun keadaan semasa tidak begitu kukuh.

Pandemik yang menyerang negara itu telah memberi risiko penguncupan terhadap suku pertama dan dijangka pendapatan akan berkurangan dalam tempoh beberapa bulan akan datang seiring kelemahan terhadap permintaan domestik dan luar negara.

Rekod bagi empat bulan pertama, industri firma telah jatuh 27.4% tahun ke tahun kepada 1.26 trilion yuan berbanding dengan penyusutan 36.7% pada tiga bulan pertama.

Industri kereta, pembuatan peralatan khas, industri mesin eletrik dan elektronik menunjukkan pemulihan keuntungan pada April, menjadikan 23 daripada 41 sektor yang dibawah pemerhatian mengalami pertumbuhan yang baik pada bulan lalu berbanding lapan sektor pada Mac.

Walau bagaimanapun, keseluruhan pendapatan tersebut masih tidak menunjukkan tanda positif kerana permintaan masih lagi tidak stabil, harga barangan industri masih kekal rendah dan tekanan daripada kos masih tinggi.

Beijing telah mempertingkatkan pelepasan cukai dan kredit terhadap syarikat yang terjejas akibat pandemik sejak Februari lalu. Negara itu tidak dapat membuka peluang terhadap ransangan ekonomi dalam jumlah yang besar atas faktor kebimbangan terhadap risiko hutang.

Pendapatan bagi firma industri milik China turun 46.0% tahun ke tahun untuk empat bulan pertama, lebih cepat berbanding penurunan 45.5% pada hujung suku Mac. Manakala bagi sektor swasta pula keuntungan menurun secara mendadak kepada 17.2% sepanjang Januari-April dengan kejatuhan sebanyak 29.5% bagi Januari hingga Mac.