DAP tak boleh dipercayai

Kit Siang guna tulisan jawi ucap Selamat Hari Raya?

by
https://ismaweb.net/wp-content/uploads/2020/05/dapjanganpercaya.jpg

BANGI, 4 Syawal 1441H, Rabu – Parti rasis dan cauvinis tetap tidak boleh dipercayai meskipun mengambil pendekatan menggunakan tulisan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, parti itu sejak dahulu lagi menggunakan pelbagai pendekatan bagi mempengaruhi orang Melayu Islam.

“Realitinya banyak perkara yang dilakukan demi kepentingan Melayu Islam, tidak dipersetujui DAP. Mereka mencari jalan menentangnya.

“Lihatlah bagaimana Lim Kit Siang cuba menggunakan tulisan untuk menarik hati orang Melayu Islam.

“Namun, bila mana kerajaan mahu gunakan tulisan jawi dalam pendidikan, apakah mereka terima? Justeru itu, DAP tetap parti yang tidak boleh dipercayai,” tegasnya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Beliau turut memuat naik poster veteran DAP itu bersama ucapan Hari Raya di akaun Facebook yang mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata pengguna media sosial sependapat bahawa DAP adalah parti yang kuat bermain ‘wayang’ untuk mengambil hati orang Melayu.

“Pemimpin-pemimpin DAP hanya berpura-pura berlakon untuk menarik orang Melayu menyokongnya,” demikian kata netizen dikenali sebagai Ab Ghani Ab Ghani.

“DAP pandai bermuka-muka untuk menarik orang Melayu,” kata Yunus Ahmad.

Sementara, Syed Rizwan pula menyifatkan bahawa parti tamak haloba itu rasis serta penipu kerana menolak jawi ketika menjadi kerajaan namun menggunakan tulisan jawi selepas menjadi pembangkang.

Ismaweb bagaimanapun masih tidak dapat mengenal pasti sama ada poster berkenaan milik rasmi Kit Siang atau sebaliknya.