https://i0.wp.com/intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/stack-of-golden-bars-in-the-bank-vault-60756080_16x9.jpg?resize=750%2C430&ssl=1

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

Dagangan Emas Mendatar, Berisiko Untuk Terus Susut Nilai

by

Nilai dagangan emas dilihat mendatar pada hari ini susulan daripada kebimbangan tindak balas Amerika Syarikat (A.S) terhadap rancangan China berkenaan undang-undang keselamatan bagi Hong Kong untuk berhadapan dengan pembukaan semula ekonomi dunia.

Harga emas kekal tidak berubah pada $1,711.93 per auns setelah susut 1% semalam. Niaga hadapan emas A.S. juga mendatar pada US$1,705.

Semalam dilaporkan Presiden A.S Donald Trump menjelaskan bahawa A.S dalam usaha memberi tindak balas tegas kepada rancangan China berkenaan undang-undang keselamatan negara terhadap Hong Kong yang akan diumumkan pada akhir minggu ini.

Dilaporkan jabatan perundangan Hong Kong sedang dikelilingi oleh polis anti rusuhan sebagai perlindungan memandangkan dijangka akan berlaku rusuhan susulan daripada protes terhadap isu rang undang-undang jenayah tidak menghormati lagu kebangsaan China dan menolak rancangan Beijing untuk mengenakan undang-undang keselamatan negara.

Baru-baru ini saham Asia telah telah susut sebahagian daripada keuntungan atas kebimbangan terhadap ketegangan antara dua negara, China dan Amerika Syarikat. Semalam penanda aras indeks saham A.S, S&P 500 telah bergerak menembusi paras psikologi penting 3,000 mengatasi kenaikan saham sebanyak 37% sejak paras rendah pada Mac lalu.

Keyakinan pengguna di A.S meningkat pada bulan Mei, menunjukkan penyusutan ekonomi akibat wabak Covid-19 beransur pulih memandangkan negara kembali beroperasi. New York Stock Exchange (NYSE) telah dibuka semalam buat kali pertama dalam tempoh dua bulan.

Namun, prospek ekonomi terhadap negara maju tahun ini kembali menurun sejak bulan lalu dengan pemulihan ketara dijangkakan. Jepun pula merancang untuk menyuntik dana bernilai $302 bilion di bawah perbelanjaan kedua yang akan disusun pada hari ini.