https://images.says.com/uploads/story/cover_image/43709/423e.jpg

"Tak Nafi Hak Bukan Islam Tapi..." - Bekas Menteri Mahu Pemandu Mabuk Dihukum Paling Keras

Loke Siew Fook turut berpendapat seseorang pemandu mabuk yang telah meragut nyawa orang lain tidak layak untuk memandu di atas jalan raya.

by

Cover image via Astro Awani & Sinar Harian

Sejak kebelakangan ini, sudah terlalu banyak kes membabitkan pemandu mabuk dilaporkan oleh media

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/787567/c5b3.jpg
Tragedi kemalangan membabitkan pemandu mabuk di Kuantan baru-baru ini

Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada sahaja individu yang menjadi mangsa pemandu mabuk sehingga mengundang rasa marah dan geram dalam kalangan masyarakat.

Mana tidaknya, angkara perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pemandu mabuk ini, ada dalam kalangan mereka di luar sana yang kehilangan insan tersayang sekelip mata.

Sebagai contoh beberapa hari lalu, di Kuantan, seorang lelaki menjadi mangsa pemandu mabuk selepas pemandu kereta jenis Toyota CHR memandu secara melawan arus dan melanggar mangsa.

Individu itu turut memandu secara merbahaya dan telah mengakibatkan beberapa kenderaan lain mengalami kemalangan kerana mengelak dari bertembung.

Susulan daripada senario yang membimbangkan ini, ramai mengharapkan agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu mabuk bagi mengelak agar lebih ramai menjadi mangsa perbuatan seperti ini.

Turut mengharapkan perkara yang sama adalah bekas Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/787569/a6c0.jpg

Memetik laporan, Loke dalam satu kenyataan yang dikeluarkan olehnya berkata mana-mana individu yang memandu dalam keadaan mabuk perlu dikenakan hukuman yang paling keras dan tiada sebarang tolak ansur.

“Pendirian kami amat jelas. Kami tidak menafikan hak orang bukan Islam untuk mengambil minuman keras. Tetapi, selepas minum alkohol, anda tidak ada hak untuk memandu dan membahayakan orang lain.

“Pemandu mabuk mesti dihukum seberat-beratnya. Tiada tolak ansur kepada pemandu mabuk,” katanya.

Ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebelum ini, Loke berkata kementeriannya juga telah merangka beberapa cadangan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memperketatkan undang-undang melibatkan pemandu mabuk

Antaranya adalah meminda Seksyen 44, iaitu memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol yang menyebabkan kematian boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan minimum 6 tahun. (Hukuman penjara sekarang tidak kurang daripada 3 tahun, tetapi tidak lebih daripada 10 tahun).

Selain itu, pihaknya juga bercadang untuk menurunkan kadar alkohol yang dibenarkan daripada 80 mg alkohol dalam 100 ml darah kepada 50 mg alkohol dalam 100 ml darah (atau kurang) mengikut piawaian World Health Organization.

“(Dan) Meningkatkan denda dan penjara kepada pemandu yang melebihi had (alkohol) yang dibenarkan walaupun tidak terlibat dalam kemalangan,”katanya.

Katanya, hukuman menggantung lesen memandu seumur hidup jika didapati bersalah menyebabkan kematian ketika memandu ketika mabuk juga adalah antara cadangan yang dibuat oleh pihaknya sebelum ini

https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/787573/836f.jpg
Gambar sekadar hiasan

Namun katanya, undang-undang yang ketat bagaimanapun tidak akan efektif jika tiada penguatkuasaan yang tegas dan berkesan.

Justeru katanya, pihak penguatkuasa undang-undang perlu mempunyai tahap integriti yang tinggi dan menjalankan tugas tanpa rasa takut.

“Saya berpendapat seseorang pemandu mabuk yang telah meragut nyawa orang lain tidak layak untuk memandu di atas jalan raya.

“Pihak penguatkuasa undang-undang mesti mempunyai tahap integriti yang paling tinggi dan menjalankan tugas. ‘Without fear or favour’.

“Itulah sebabnya saya telah berbincang dengan ketua pengarah JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk melaksanakan ‘pilot project’ di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mewajibkan semua penguat kuasa JPJ memakai ‘body camera’ semasa menjalankan tugas. Namun semua itu tinggal cadangan sekarang,” katanya.

Semoga ada hukuman yang lebih berat dan setimpal buat pemandu mabuk!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!