https://i1.wp.com/intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/Russia-crude-oil-1280x720-1.jpg?resize=750%2C430&ssl=1

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

Harga Minyak Mentah Meningkat Disokong Pengurangan Bekalan Oleh Rusia

by

Harga minyak mencatatkan penyusutan dari penutupan tertinggi dalam tempoh 11 minggu setelah Rusia menunjukkan tanda-tanda untuk mengurangkan bekalan minyak bermula Julai ini.

Niaga hadapan minyak mentah telah jatuh 1.1% di New York setelah ditutup tinggi $34 setong untuk kali pertama sejak Mac lalu. Moscow nekad untuk mengurangkan penggunaan minyak seiring dengan perjanjian OPEC+. Namun, jurucakap Presiden Rusia Vladimir Putin berkata tindakan tersebut akan diambil setelah mereka membuat penilaian terhadap pasaran terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, prospek pasaran minyak fizikal mencatatkan peningkatan memandangkan pembukaan ekonomi semakin menunjukkan tanda positif. Manakala bagi Nigeria dan Algeria, kedua-dua negara tersebut telah mengumumkan peningkatan harga minyak mentah kerana kepercayaan mereka terhadap pengguna yang sanggup membayar pada nilai yang tinggi. Manakala stok A.S dijangka menyusut pada masa akan datang.

Sekatan bekalan dan peningkatan permintaan bagi beberapa negara akibat daripada perintah kawalan pergerakan menyebabkan harga minyak meningkat 80% pada bulan ini setelah menyusut di bawah paras sifar pada April. Terdapat tanda peningkatan akan berlaku namun dalam keadaan perlahan dan samar dengan penggunaan petrol di A.S mendatar sempena minggu Hari Peringatan yang mana sepatutnya kemuncak permintaan minyak di negara itu.

OPEC dan rakan sekutu yang lain bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran hampir 10 juta setong sehari bermula Mei sebagai usaha untuk mengelakkan daripada pembaziran stok. Susulan daripada itu, pengurangan akan berlaku secara beransur bermula Julai. Rusia dilihat nekad untuk kekal dengan perancangan tersebut.

Pengeluaran minyak mentah A.S akan menjunam sekurang-kurangnya 10.7 juta tong sehari pada Jun, mencatatkan tahap paling rendah dalam masa dua tahun. Pemulihan ini dilihat masih tidak stabil apabila minggu Hari Peringatan mencatatkan permintaan petrol menurun 25% hingga 35% dari tahun sebelumnya.