NGO Islam harap dapat kerjasama dengan Pengerusi baharu DBP

Awang Sariyan layak terajui DBP, banyak perjuang isu bahasa

by
https://ismaweb.net/wp-content/uploads/2020/05/46825c46-3125-4494-900c-50b8e8122a68-780x470.jpg

BANGI, 4 Syawal 1441H, Rabu – Pelantikan Prof Datuk Dr Awang Sariyan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) baharu adalah bersesuaian dengan kelayakan dan reputasi beliau dalam bidang bahasa dan pendidikan.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Haji Aminuddin Yahaya berkata, Awang Sariyan yang juga Penyandang Kursi Za’ba, Institut Peradaban Melayu Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) itu banyak bersama NGO-NGO Islam dan Melayu memperjuangkan isu berkaitan bahasa dan pendidikan.

“Kami harap dapat bekerjasama dengan beliau dalam sama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan. Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan itu, Haji Aminuddin berkata, pihaknya berharap supaya pejuang bahasa itu dapat berkhidmat dengan baik, penuh cemerlang dan beramanah.

“Insya-Allah, saya yakin dan percaya beliau mampu membawa DBP untuk mencapai kecemerlangan yang membanggakan,” katanya.