https://i1.wp.com/intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/EURUSD-27.5.2020.png?resize=750%2C430&ssl=1

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

EUR/USD Melonjak 100 Pips, Bakal Catat Paras Ketinggian Terbaru 9 Minggu?

by

Dagangan pada Selasa dikejutkan dengan penyusutan ketara oleh nilai matawang US dolar dalam pasaran berikutan perubahan sentimen risk-on pasaran yang melemahkan dagangan matawang safe-haven.

Ini adalah didorong laporan ujian penghasilan vaksin Coronavirus di Australia oleh syarikat bioteknologi Amerika Syarikat, Novavax dengan jangkaan hasil keputusan akan diketahui pada Jun atau Julai. Sehingga kini, sebanyak 12 vaksin berbeza telah diuji di seluruh dunia.

Termasuk dagangan emas dan Yen Jepun, US dolar telah mempamerkan penyusutan berbanding matawang utama yang lain pada carta harga.

Terutamanya carta pasangan matawang EUR/USD semalam, harga telah mencatatkan kenaikan lebih 100 pips bermula sesi Asia sehingga berakhir sesi pasaran US.

Walaupun disokong oleh penyusutan US dolar, pengukuhan oleh Euro pula dilihat terhad oleh kegoyahan pada isu cadangan dana pemulihan €500 bilion untuk membantu negara anggota. Namun rancangan tersebut dibantah oleh Austria, Sweden, Denmark dan Netherlands yang digelar ‘frugal four’.

Pun begitu, kenaikan harga pada carta EUR/USD semalam hampir menyentuh paras ketinggian 1.10000 di zon resistance pada penghujung sesi pasaran US sebelum menutup dagangan lebih rendah.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga bergerak perlahan dan menunjukkan corak penurunan. US dolar dilihat kembali mendapat sokongan dengan risiko ketegangan antara Amerika Syarikat dan China

Amerika Syarikat dilaporkan sedang mempertimbangkan sekatan terbaru kepada China susulan tekanan Beijing terhadap Hong Kong.

Penurunan harga pada carta EUR/USD berkemungkinan menuju paras sekitar 1.09400 dan menguji paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50). Melepasi halangan ini akan memberikan isyarat perubahan trend bearish.

Penurunan lebih rendah bakal menuju zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.09000.

Namun jika sentimen risk-on pasaran terus kekal, harga bakal meneruskan momentum kenaikan semalam dan melepasi resistance pada 1.10000 yang gagal ditembusi sejak dagangan April lalu.

Kenaikan lebih tinggi akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 9 minggu pada carta EUR/USD berkemungkinan menuju resistance pada dagangan penghujung Mac sekitar 1.11400.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

https://intraday.my/wp-content/uploads/2020/05/EURUSD-27.5.2020.png

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI