Kes COVID-19 di Singapura 67

9 lagi kes baharu, tiada sejarah perjalanan ke China

by
https://www.ismaweb.net/wp-content/uploads/2020/02/28869656.jpg

SINGAPURA, 21Jamadilakhir 1441H, Sabtu – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan sembilan lagi kes Coronavirus Disease (COVID-19) di republik itu, mencatatkan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 67.

Dilaporkan, kesemua sembilan kes membabitkan rakyat Singapura, dan mereka tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China dalam tempoh terdekat.

Satu daripada kes baharu membabitkan seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun yang bertugas di sebuah hospital swasta.

Ketika ini, beliau ditempatkan dalam bilik isolasi di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID), kata kementerian itu.

MOH juga mengesahkan, lelaki itu tidak ke tempat kerja sejak bermulanya gejala penyakit berkenaan sejak 7 Februari dan tidak mempunyai interaksi yang diketahui dengan kes-kes lampau.

Selain itu, enam kes dikaitkan dengan kluster di gereja Grace Assembly of God, satu adalah ahli keluarga dua kes sebelum ini yang mempunyai kaitan dengan DBS Asia Central di Pusat Kewangan Marina Bay.

Untuk perkembangan kes setakat ini, dua lagi kes telah pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah kes yang dibenarkan keluar dari hospital ialah 17.

Daripada 50 kes yang disahkan dan masih dirawat di hospital, kebanyakannya stabil atau semakin pulih manakala enam dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sekurang-kurangnya 25 negara telah mengesahkan mempunyai kes jangkitan. Tiga kematian juga direkodkan di luar China membabitkan Hong Kong, Filipina dan terbaharu di Jepun.- Agensi

https://www.ismaweb.net/wp-content/uploads/2019/07/lathan-praktikal_728-x-90.jpg