Inai Merah Vs Inai Putih. Dua-Dua Cantik, Tapi Mana Lebih Elok Dipakai Pada Hari Bahagia?
Malam berinai dah jadi satu trend terutama sekali kepada pihak pengantin perempuan. Setuju tak?
by Eiida KhaleedaCover image via Twitter @twtmalaywedding
Kalau dulu, malam berinai diadakan malam sebelum majlis akad nikah dan pengantin perempuan akan dipakaikan inai di kedua belah tangan dan kaki
Inai itu akan dipakai sepanjang malam dan pengantin perempuan akan 'lumpuh' seketika kerana ia mengambil masa yang lama sebelum kering.
Namun begitu, orang ramai kini lebih memilih untuk menggunakan inai instant kerana lebih cepat merah dan mengambil masa yang singkat untuk kering. Selain itu, wujud juga inai putih yang turut menjadi idaman para gadis untuk dipakai menjelang hari bahagia mereka kelak.
Apakah perbezaan antara inai merah dan putih dan kenapa orang ramai keliru untuk memilih antara kedua-duanya?
Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Lean, berkongsi thread panjang mengenai inai yang mungkin orang ramai tidak tahu.