https://assets.hmetro.com.my/images/articles/CHINA-HEALTH__1580429672.jpg
PEGAWAI polis di Beijing memakai penutup muka sebagai langkah keselamatan. FOTO Reuters

Koronavirus: WHO isytihar kecemasan global

by

BEIJING/GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengumumkan koronavirus yang mengakibatkan kematian 170 orang di China sebagai kecemasan global apabila ia telah merebak ke 18 negara.

Sebahagian besar daripada lebih 7,800 kes dikesan di peringkat global, menurut data terbaru WHO, di mana virus itu mula dikesan di sebuah pasar hidupan liar haram di bandaraya Wuhan.

Namun, 100 kes telah muncul di negara lain, menyebabkan sekatan perjalanan, penularan sentimen anti-China di beberapa tempat dan peningkatan permintaan terhadap topeng muka.

Di wilayah Hubei iaitu ibunegeri Wuhan, kira-kira 60 juta orang tinggal dalam kuarantin apabila China berusaha membendung penularan coronavirus.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam satu sidang akhbar di Geneva memuji tindak balas China, tetapi berkata, WHO bimbang virus merebak ke negara yang tidak mempunyai sumber untuk menanganinya.

"Sebab utama pengisytiharan ini ialah bukan kerana apa yang berlaku di China tetapi kerana apa yang berlaku di negara lain.

“Kebimbangan utama kami ialah potensi virus itu untuk merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah,” katanya. - REUTERS

Lagi berita berkaitan Koronavirus