https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0131rs01_1580429044.jpg
Taranto menjadi bandar pertama di Itali menjual rumah pada harga 1 Euro (RM4.50) dalam usaha untuk menarik orang untuk berpindah ke kawasan itu. FOTO Agensi

Jual rumah RM4.50

by

Milan: Taranto menjadi bandar pertama di Itali menjual rumah pada harga 1 Euro (RM4.50) dalam usaha untuk menarik orang untuk berpindah ke kawasan itu.

Ia selepas beberapa kampung di negara itu turut melaksanakan program sama selepas populasinya berkurangan kerana ramai berpindah ke bandar utama.

Daily Mail melaporkan pihak berkuasa tempatan menyasarkan langkah itu dapat menarik 25,000 orang untuk

mendiami Taranto.

Pada abad ke-19, bandar penuh bersejarah itu mempunyai populasi 40,000 orang dan jumlah itu pernah menurun sehingga hanya 3,000, pada satu masa.

Populasi Taranto pada masa kini 200,000 orang.

Sebagai permulaan, pihak berkuasa tempatan menawarkan lima rumah pada harga berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan Gangi di Sicily, Itali, menjadi perintis dalam menawarkan rumah pada harga

1 Euro.

Ia diikuti perkampungan seperti Bivona, Sambuca dan Mussomeli, tahun lalu.

Locana di utara Itali pula menampilkan tawaran lebih hebat apabila menawarkan bayaran sehingga 9,000 Euro (RM40,000) untuk tiga tahun bagi penduduk baharu di bandar itu.

Sementara itu, Borgomezzavalle di sempadan Itali dan Switzerland pula menawarkan kotej, bangsal dan kandang terbiar juga pada harga 1 Euro, dengan syarat ia perlu diubah suai dalam masa dua tahun.

Bagaimanapun, seperti tawaran itu, Taranto juga memerlukan penghuni baharunya membayar kos ubah suai yang boleh mencecah ratusan ribu Euro.

Mereka juga dimestikan tinggal di dalam kediaman berkenaan untuk mengelak daripada pemaju projek menjual rumah itu untuk keuntungan lebih tinggi.

Pegawai pihak berkuasa tempatan, Francesca Viggiano berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan berhubung tawaran itu.

“Kami mahu mengambil langkah untuk meningkatkan populasi dan memajukan bandar ini,” katanya kepada akhbar Itali, Il Corriere della Sera.