INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia
Setelah Capai Paras Terendah 3 Minggu, USD/JPY Kembali Catat Kenaikan Semula
by Team INTRADAYPenurunan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY semalam telah mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu sebelum harga membuat kenaikan semula.
Penurunan harga terus didorong oleh tekanan oleh matawang safe-haven Yen yang mendapat kelebihan dalam sentimen pasaran berisiko.
Pelabur semakin dibelenggu oleh kebimbangan ancaman Coronavirus dengan angka korban yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Harga pada USD/JPY semalam telah turun melepasi support 108.800 sebelum menuju ke zon support lebih rendah mencecah paras 108.600.
Namun harga kembali membuat kenaikan semula susulan dagangan US dolar yang mengukuh susulan data pertumbuhan GDP Amerika Syarikat diterbitkan semalam.
Data GDP bagi suku keempat 2019 menepati jangkaan ramalan 2.1% tidak berubah seperti bacaan suku sebelumnya.
Kenaikan harga disambung pada sesi pasaran Asia pagi ini dengan melihatkan harga berjaya melepasi garisan halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) dan juga paras penting 109.000.
Kenaikan harga bakal menuju zon SBR (support become resistance) 109.200 yang diuji pada minggu ini. Kenaikan lebih tinggi bakal menuju pula paras 109.700.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras tumpuan sebelum ini akan kembali diuji harga iaitu di paras 108.800 dan juga support 108.600.
Penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu jika sentimen berisiko pasaran terus menekan harga ke paras rendah.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.