https://i0.wp.com/intraday.my/wp-content/uploads/2019/08/wilbur-ross-rtr-img.jpg?resize=750%2C430&ssl=1

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

Coronavirus Boleh Tingkatkan Ekonomi A.S, Kenyataan Willbur Ross Cetus Kontroversi

by

Ketika pasaran dilanda kebimbangan terhadap ekonomi akibat ancaman penularan coronavirus sehingga diumumkan sebagai kecemasan kesihatan global, ada pihak yang berpandangan sebaliknya.

Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Wilbur Ross berkata wabak coronavirus boleh membawa kebaikan kepada ekonomi di A.S, khususnya dalam sektor pekerjaan.

Apabila ditanya mengenai sama ada penyebaran wabak ini akan menjejaskan ekonomi A.S, Ross menjawab bahawa beliau tidak ingin bercakap mengenainya dalam situasi malang ini, tetapi pada hakikatnya ia berpotensi untuk membantu mempercepatkan pembalikan semula pekerjaan ke Amerika, termasuk di Mexico.

Kenyataan yang penuh kontroversi itu telah mencetuskan kritikan daripada pengkritik pentadbiran Trump.

Penularan wabak ini nyata dilihat akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi China, lebih-lebih lagi selepas beberapa operasi firma perniagaan utama dunia termasuk Starbucks, Google dan Apple di China telah dihentikan buat sementara waktu.

Pemimpin-pemimpin utama dunia juga turut berusaha untuk mengekang penyebaran virus ini dengan menggesa rakyat supaya tidak berkunjung ke China dan menghentikan penerbangan dua hala dari negara itu.

Setakat ini, virus China itu telah meragut 213 nyawa manakala kes yang disahkan pula meningkat kepada 9,692. Ekoran daripada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannya sebagai darurat.