https://i1.wp.com/intraday.my/wp-content/uploads/2019/12/5db6ec47dee0193a3d66e462.png?resize=750%2C430&ssl=1

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

Ini Adalah 20 Saham Yang Mencatat Prestasi Paling Memberangsangkan Dalam Tempoh 1 Dekad!

by

Hanya tinggal beberapa belas hari sahaja lagi tahun 2019 akan melabuhkan tirai. Berikut admin ingin kongsikan 20 saham yang menunjukkan prestasi paling memberangsangkan dalam tempoh 1 dekad, bukan 1 tahun.

Walaupun belum cukup setahun, setakat ini bursah saham Dow Jones telah mencatat pertumbuhan sebanyak 10.2% setahun, mankala S&P 500 ialah 13.2% setahun.

Berikut adalah perkongsian saham yang menunjukkan prestasi paling memberangsangkan dalam Bursa S&P 500 sepanjang 10 tahun bermula pada tahun 2009;-

SyarikatSektor IndustriJumlah hasil – 2010Jumlah hasil – Dis. 31, 2009 sehingga Dis 5, 2019
Netflix Inc.Satelit Tv219%3767%
MarketAxess Holdings Inc.Perbankan52%3182%
Abiomed Inc.Perubatan10%2121%
TransDigm Group Inc.Kapal Angkasa & Pertahanan52%2065%
Broadcom Inc.Semikonduktur56%1919%
Align Technology Inc.Perubatan10%1458%
United Rentals Inc.Kewangan/Sewa132%1434%
Regeneron Pharmaceuticals Inc.Teknologi Bio36%1430%
Ulta Beauty Inc.Kedai Jualan87%1233%
Amazon.com Inc.Runcit atas Talian34%1209%

Netflix merupakan syarikat yang paling terkehadapan dengan mencatat pulangan sebanyak 3,767% atau kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 44.1%. Amazon.com yang berada pada tangga ke sepuluh mencatat hasil sebanyak 1,209% atau kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 29.3%.

Bagi tahun 2019, berikut adalah syarikat yang paling berprestasi sepanjan tahun 2019 sehingga 5 Disember dalam Bursa Saham S&P 500 .

SyarikatSektor IndustriJumlah hasil – 2010Jumlah hasil – Dis. 31, 2009 sehingga Dis 5, 2019
Advanced Micro Devices Inc.Semikonduktur115%310%
Lam Research Corp.Pengeluaran peralatan Elektronik98%632%
Xerox Holdings Corp.Peranti Komputer96%122%
Target Corp.Kedai Jualan95%241%
Chipotle Mexican Grill Inc.Restoran90%818%
Coty Inc. Class APenjagaan Peribadi87%N/A
KLA Corp.Pengeluaran peralatan Elektronik85%629%
Copart Inc.Perkhidmatan Komersial85%851%
Arconic Inc.Aluminum82%N/A
MarketAxess Holdings Inc.Bank Pelaburan82%3182%