https://i1.wp.com/intraday.my/wp-content/uploads/2019/10/Unemployment-in-the-UK-fell-to-4.2-the-minimum-since-1975.jpg?resize=750%2C430&ssl=1

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

Sentimen Pasaran : Tinjauan Undian Memihak Kepada Parti Konservatif – Pound Kukuh!

by

Matawang pound mengkuh kepada paras tertinggi 2 1/2 tahun lalu berbanding matawang euro pada hari Isnin apabila tinjaun mingguan yang dijalankan lebih memihak kepada parti Konservatif dan meramalkan parti tersebut akan memenangi pilihan raya umum.

Matawang pound juga mengukuh berbanding US dolar selepas pengundian yang dijalankan dalam akhbar Britain’s Sunday  meletakkan parti Boris Johnson sebagai peneraju. Walaupun jurang antara parti Konservatif dan parti-parti lain semakin mengecil sepanjang kempen dijalankan, namun perkara tersebut tidak membantutkan parti Konservatif untuk mengungguli parti-parti lain.

Menurut ketua strategi matawang global di Royal Bank of Canada, matawang pound sekali lagi mengukuh selepas konservatif undian mendapati majoriti memihak kepada parti Konservatif. Walaubagaimanapun, Jumaat ini akan akan menjadi penentuan sebenar.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sedikit sebanyak 0.09% pada paras 97.570 setakat jam 10.35 p.m.

US dolar pada awalnya mencatat pengukuhan berikutan data pekerjaan yang kukuh namun kebimbangan terhadap perkembangan rundingan perdagangan A.S-China menyebabkan pergerakan matawang US dolar terbatas.

Penasihat utama ekonomi Rumah Putih, Larry Kudlow telah mengatakan pada hari Jumaat bahawa tarikh akhir iaitu Disember 15 masih lagi diamalkan iaitu dengan pengenaan tarif ke atas barangan China. Walaubagaimanapun Presiden Donald Trump menyatakan bahawa beliau gembira dengan perkembangan rundingan perdagangan dengan China.

Perkembangan terkini menunjukkan, terdapat laporan bahawa kerajaan China telah mengarahkan supaya semua peralatan dan perisian komputer asing dikeluarkan dari pejabat kerajaan dan institusi awam dalam tempoh tiga tahun, yang dijangka akan memberi tamparan hebat kepada syarikat-syarikat multinasional Amerika Syarikat seperti HP, Dell dan Microsoft.

Perkara ini dipercayai ini akan meningkatkan lagi kebimbangan pasaran terhadap rundingan perang dagang AS-China.