https://intraday.my/wp-content/uploads/2019/11/USDCAD-29.11.2019-750x430.png

INTRADAY.my - Website Pasaran Kewangan No 1 di Malaysia

USD/CAD Bakal Menurun Jika Data GDP Kanada Diterbitkan Lemah

by

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD perlahan sehingga sesi Eropah hari ini menyambung pergerakan mendatar harga sejak semalam.

Pelabur berwaspada untuk dagangan dolar USD untuk penghujung minggu ini berikutan ancaman tindak balas China terhadap rang undang-undang Amerika Syarikat yang menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong.

Dolar Kanada pula bergerak lemah sementara pelabur menantikan bacaan data pertumbuhan GDP Kanada pada sesi New York sebentar nanti.

Pelabur juga berhati-hati menjelang mesyuarat OPEC awal Disember untuk keputusan lanjutan pengurangan bekalan yang bakal mempengaruhi dagangan dolar Kanada.

Harga bergerak di bawah paras harga 1.33000 sejak semalam pada carta USD/CAD dan mendatar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50).

Jika data GDP Kanada pada malam ini mencatatkan bacaan yang kukuh, harga bakal ditekan ke paras lebih rendah menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.32600 untuk menguji semula paras terendah mingguan.

Penurunan lebih rendah dari zon tersebut dijangka akan ke paras tumpuan sekitar 1.32400 atau lebih rendah lagi pada zon support November serendah 1.31900.

Namun jika harga kembali mencatatkan kenaikan, zon resistance pada paras ketinggian sekitar 1.33200 bakal menjadi destinasi tumpuan harga.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji zon resistance yang diuji harga pada dagangan Oktober lalu sekitar paras 1.33400.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

https://intraday.my/wp-content/uploads/2019/11/USDCAD-29.11.2019.png